• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Terbunuh Serangan Israel Di Gaza

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya enam Palestin di Semenanjung Gaza semalam dalam satu serangan yang menyasarkan komander pejuang Hamas.

Menurut Hamas, serbuan Israel itu turut dibantu serangan udara bagi membolehkan mereka melarikan diri menggunakan kereta ke sempadan Israel.

Pejuang Hamas membalas bedilan itu dengan serangan roket dari kubu kuat mereka, namun tentera Israel mendakwa berjaya memintas dua daripada serangan roket terbabit.

Tidak laporan kecederaan atau kerosakan diterima dari sempadan Israel setakat ini.

Serangan itu juga memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memendekkan lawatannya ke Paris bersempena memperingati Perang Dunia Pertama bersama pemimpin dunia lain.

Hamas berkata kejadian bermula apabila penyerang yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah pejuangnya dan membunuh salah seorang komander.

Menurut saksi, ketika mengejar kenderaan berkenaan, pesawat Israel melepaskan lebih 40 peluru berpandu di kawasan itu.

Pegawai Perubatan berkata sekurang-kurangnya enam orang terbunuh termasuk komander Nour Baraka dan seorang lagi anggota kumpulan itu.

Keganasan sering tercetus di sempadan sejak rakyat Palestin memulakan protes mingguan pada 30 Mac lalu.

Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih berusaha ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata jangka panjang. – Reuters/BH ONLINE

Tags: GazaIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd