• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Polis & Suspek Terjatuh Sungai Paka Disambung Esok

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis dan seorang suspek yang terjatuh dalam Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau di sini, Jumaat lepas yang dihentikan pada 6.15 petang tadi akan diteruskan pagi esok.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharuddin Abdullah berkata operasi yang diperluaskan kepada 10km hari ini berbanding lima kilometer semalam dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan lebat yang menyukarkan pencarian.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata operasi yang bermula 8 pagi tadi melibatkan 99 pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan bantuan dua anjing pengesan dari Unit K9 JBPM Putrajaya.

Dalam kejadian 8.30 malam, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai itu ketika mengejar suspek yang hanya dikenali sebagai Zam Ayam yang terlibat dalam kes samun di Paka pada awal bulan ini.

Sementara itu, kakak anggota polis tersebut, Suraya, 32, berkata kali terakhir beliau bertemu adiknya pada akhir bulan lalu ketika pulang bercuti di rumah ibu mereka di Padang Embun dekat Pasir Mas, Kelantan.

“Wan Mohd Arif nampak gembira sebab dapat berjumpa ibu kami, Wan Yah Wan Yaakub, 52, yang menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.

“Sebelum pulang ke Dungun, dia memeluk dan mencium saya bersungguh-sungguh… memang saya terkejut sebab dah lama dia tak bermanja seperti itu, siapa sangka itulah antara kenangan saya bersamanya sebelum menerima khabar sedih ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: jatuh sungaiSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2,136 Undi Di Sarawak

Next Post

Lelaki Lemas Selepas Terjun Ke Laut Semasa Operasi Polis

Related Posts

Bakal Pengantin Jatuh Sungai Ditemui Lemas

Bakal Pengantin Jatuh Sungai Ditemui Lemas

29/10/2024
0

SUNGAI PETANI: Muhammad Aiman Safwan Mahadzir, 25, yang hilang selepas terjatuh ke sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda ditemui...

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

Next Post

Lelaki Lemas Selepas Terjun Ke Laut Semasa Operasi Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd