• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Bentang Belanjawan Realistik, Defisit Kurang Berbanding 2018

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH), hari ini membentangkan Belanjawan 2019 dengan anggaran defisit sebanyak 8.14 peratus berbanding 10.19 peratus pada 2018.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, defisit bagi Belanjawan 2019 dianggarkan berjumlah RM57.78 juta, manakala perbelanjaan mengurus bagi 2019 juga menunjukkan pengurangan sebanyak 10.61 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peruntukan perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM768 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM108 juta diperuntukkan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan,” katanya semasa membentangkan belanjawan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi perbelanjaan pembangunan pula kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM86 juta.

“Anggaran hasil pada 2019 adalah sebanyak RM710 juta, meliputi hasil cukai sebanyak RM295 juta, hasil bukan cukai RM215 juta dan RM200 juta bagi terimaan bukan hasil,” katanya.

Mukhriz berkata anggaran hasil itu dijangka lebih realistik untuk dicapai berbanding RM779.5 juta yang dianggarkan bagi 2018, namun sehingga 5 Nov lepas, jumlah hasil sebenar hanya RM475.35 juta iaitu 60.98 peratus sahaja.

Beliau berkata bersesuaian dengan falsafah ‘Bajet Berhemah Demi Kemakmuran Rakyat’ Belanjawan 2019 bagi negeri ini tidak bersifat luar biasa atau menakjubkan.

“Begitulah hakikat sebenar mengenai kedudukan kewangan negeri ketika ini, sebanyak itu sahaja wang yang kita ada, maka kita ambil pendekatan realistik dan berhemah dalam menguruskan perbelanjaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak mahu merangka belanjawan ‘syok sendiri’ dengan mengumumkan pelbagai projek mega dan peruntukan besar padahal dana untuk menunaikan janji-janji tersebut tidak mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Tags: belanjawandefisit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Bentang Belanjawan Lebihan RM4.79 Bilion

03/12/2021
0

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.79 bilion bagi Belanjawan Negeri Sabah 2022 dengan catatan lebihan sejumlah RM110.68 juta....

Pakatan Harapan Gesa Sidang Khas Parlimen

16/04/2020
0

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) meminta kerajaan mengadakan sidang khas parlimen untuk membincangkan langkah yang diambil termasuk belanjawan tambahan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd