• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Beri Tumpuan Terhadap Sektor Pendidikan

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kerajaan negeri memberi penekanan dan tumpuan terhadap sekor pendidikan yang penting untuk melahirkan modal insan untuk membantu usaha membangunkan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata komitmen awal yang dibuat adalah dengan mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi yang memberi penekanan tentang sektor pendidikan.

Katanya biarpun berhadapan kekangan kewangan untuk dibelanjakan bagi melonjakkan sektor pendidikan di negeri ini tetapi kerajaan negeri yakin pada masa akan datang ia mampu dilaksanakan.

“Yang penting peringkat awal ini kita laksana beberapa penstrukturan dan melahirkan beberapa terma yang baik.

“Apabila kewangan mencukupi kita akan dapat menyempurnakan apa yang kita hasratkan untuk melahirkan modal insan yang amat diperlukan untuk membangunkan negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Bersama Warga Pendidik Semporna di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibol.

Pada majlis itu, Mohd Shafie turut melancarkan Buletin Kegiatan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

Mohd Shafie berkata komitmen itu dapat dilihat dalam Belanjawan 2019 oleh kerajaan pusat dengan jumlah cukup besar untuk sektor pendidikan yang mencecah RM60 bilion.

Beliau yakin pimpinan negara diketuai Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad amat menitikberatkan bahawa sektor pendidikan perlu diberi penekanan bukan hanya daripada jumlah kewangan tetapi membabitkan penstrukturan sistem pendidikan yang digunakan.

Katanya sistem pendidikan yang menjadi tumpuan terhadap sains dan matematik merupakan satu landasan usaha untuk memajukan negara berasaskan perindustrian dan mampu bersaing dengan negara maju. – BERNAMA

Tags: PendidikanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd