• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pemilihan PKR Sarawak Jalan Lancar

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Proses pemilihan PKR Sarawak berjalan lancar pagi ini dengan pengerusi PKR negeri dan ahli Parlimen Selangau menang tanpa bertanding bagi ketua PKR cabang Lawas.

Di Lawas, Baru Bian, yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan, tiba di pusat pengundian di Stadium Tertutup Lawas pada 9.05 pagi dan mengundi menggunakan kaedah e-voting pukul 9.25 pagi.

Di Julau, hujan lebat tidak menghalang ribuan anggota Parti Keadilan Rakyat turun untuk mengundi bagi pemilihan parti untuk cabang Julau di Kompleks Sukan Julau seawal 6 pagi, terutamanya mereka yang datang jauh dari pekan Pakan.

Majoriti daripada pengundi yang hadir memakai baju kuning yang memaparkan wajah calon Ketua Cabang, Larry Sng Wei Shien, yang menentang penyandang Semana Sawang.

Pemilihan bagi cabang Julau menarik tumpuan, ia susulan pertambahan ahli PKR kawasan tersebut yang meningkat mendadak daripada hanya 603 pada 26 Jun kepada 13,000 sehari kemudiannya.

Sementara itu di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan dekat sini pemilihan PKR cabang Kota Samarahan yang mempunyai 2,000 pengundi berdaftar, berjalan lancar sebaik pusat mengundi dibuka 9 pagi.

Pusat mengundi ini turut dilawati calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R. Sivarasa dan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

“Saya berpuas hati dengan proses yang berjalan setakat ini (11 pagi). Lagipun cabang ini jumlah anggotanya tidak begitu ramai jadi proses dijangka tidak mengalami masalah,” yang juga calon MPP.

Bagi cabang Mas Gading yang mempunyai seramai 1,247 pemilih yang layak, proses pemilihan di Kampung Stenggang, Bau dekat sini berjalan lancar pagi ini.

Bagaimanapun, proses pemilihan PKR cabang Petra Jaya berlaku sedikit kekecohan apabila 1,526 anggota PKR yang hadir untuk mengundi diberitahu di saat akhir, proses itu ditangguhkan sehingga esok.

Bercakap kepada pemberita, calon Ketua Cabang Petra Jaya Iswardy Morni mendakwa ‘berlaku sabotaj’ berikutan arahan di saat akhir oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR negeri diketuai Baharuddin Moksen, yang mempertahankan jawatannya.

Iswardy dijangka membuat laporan polis berhubung perkara itu tengah hari ini. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKRsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd