• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Pusat Singapura Lapor Polis Terhadap Artikel 1MDB

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang diterbitkan dalam www.statestimesreview.com pada 5 November lepas berhubung kenyataan yang didakwa palsu dan berniat jahat serta mempersoalkan integriti MAS sebagai pengawal selia kewangan.

Artikel bertajuk ‘Lee Hsien Loong becomes 1MDB’s key investigation target’ (Lee Hsien Loong menjadi sasaran siasatan penting 1MDB) mendakwa Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian tidak adil dengan Singapura, sebagai pertukaran kepada bantuan bank Singapura untuk pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Artikel itu tidak berasas dan satu fitnah,” menurut MAS dalam kenyataan di sini.

“Artikel itu juga mengabaikan tindakan tegas dan tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh MAS sejak dua tahun lepas terhadap bank berpangkalan di Singapura dan pengurus bank berhubung peranan mereka dalam transaksi berkaitan 1MDB, dalam kebanyakan kes mendahului tindakan penguatkuasaan oleh bidang kuasa asing.

“Ia juga membuat tuduhan palsu bahawa Singapura didesak supaya membuka semula siasatannya ke atas 1MDB hanya selepas perubahan kepimpinan politik di Malaysia,” kata Bank Pusat itu.

“Penyiasatan ke atas kes 1MDB tidak pernah ditutup,” kata MAS.

Pada sidang akhbar laporan tahunannya pada 2016 dan 2017, MAS telah menjelaskan bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk menyiasat apa-apa petunjuk baharu atau bukti mengenai aliran dana berkaitan 1MDB.

Ini ditekankan dalam kenyataan umum yang dikeluarkan bersama oleh MAS, Pejabat Peguam Negara dan pasukan Polis Singapura pada 8 Jun 2018, menurut kenyataan itu.

MAS berkata agensi penguatkuasaan dan pengawal selia undang-undang Singapura juga bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia, Switzerland, Luxembourg dan Amerika Syarikat semasa pemerintahan kerajaan Malaysia terdahulu.

“MAS telah meletakkan kepentingan sepenuhnya dalam menjaga integritinya sebagai pengawal selia kewangan dan mengambil serius sebarang tuduhan palsu yang bertentangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBLee Hsien Loong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd