• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Laut Tembak Mati 12 Pengunjung Bar

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI bersenjata yang membunuh 12 individu di sebuah bar muzik di selatan California pada Rabu dikenal pasti sebagai bekas tentera laut yang mengalami gangguan mental.

Ian David Long, 28, melepaskan tembakan di Borderline Bar dan Grill di Thousand Oaks dalam kejadian sekitar 11.20 malam sewaktu sekumpulan pelajar dari sekolah berhampiran sedang berhibur.

Ian David Long

Dalam kejadian itu, dia melemparkan bom asap sebelum melepaskan tembakan yang membunuh 11 individu dalam bar tersebut.

Bekas tentera laut ini melemparkan bom asap sebelum menembak mangsa menggunakan senapang.

Seorang anggota polis berpangkat sarjan turut ditembak mati beberapa kali oleh lelaki berkenaan sebelum meninggal dunia di hospital.

Mangsa yang terselamat berkata, mereka terpaksa memanjat tingkap dan ada yang bersembunyi di belakang meja bagi mengelak terkena tembakan senapang.

Lelaki itu bagaimanapun menamatkan riwayatnya sendiri sebelum pasukan SWAT memasuki lokasi kejadian.

Dia berkhidmat dalam tentera laut sebagai pengendali senapang selama lima tahun antara 2008 hingga 2013.

Dia juga pernah ditugaskan di Afghanistan sewaktu tempoh perkhidmatan itu.

Dia sebelum ini pernah ditahan kerana mencuri pada 2009. – DailyMail/mStar Online

Tags: bekas tenteratembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd