• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah TV Dipecat Silap Eja Beijing

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang pengarah eksekutif TV Pakistan dipecat gara-gara kesalahan ejaan ibu negara China, Beijing menjadi ‘Begging’ yang bermaksud mengemis ketika liputan kunjungan Perdana Menteri, Imran Khan ke China baru-baru ini.

Tempo.com melaporkan, Hasan Immad Mohammadi baharu bertugas beberapa minggu sebagai pengarah di stesen televisyen tempatan terbabit ketika kecuaian itu berlaku.

Ketika laporan disiarkan, TV Pakistan mempersoalkan lawatan Imran ke China yang bertujuan untuk mendapatkan bantuan ekonomi untuk negara yang sedang berdepan krisis ekonomi itu.

Imran sebelum ini sudah meminta bantuan kewangan daripada Arab Saudi sebanyak AS$6 bilion (RM24.9 bilion) dan juga mengadakan pertemuan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Susulan itu, TV Pakistan memohon maaf atas kesilapan ejaan yang tersiar di televisyen kira-kira 20 hingga 25 saat pada Isnin lalu. Ketika kejadian itu berlaku, Imran sedang menyampaikan ucapan berhubung lawatannya ke China.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian penerangan berkata, kesilapan yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan pemecatan Hasan.

“Ini adalah urusan biasa,” kata jurucakap itu.

Kesilapan yang berlaku mengundang reaksi netizen media sosial yang mempertikaikan kesalahan itu, apakah salah ejaan sengaja dilakukan TV Pakistan. – Agensi

Tags: dipecatsalah eja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd