• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Percaya Gani Ada Alasan Tidak Dakwa Musa

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung kes rasuah pada 2012.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Saya fikir perkara ini belum difahami sepenuhnya, dan saya fikir kita harus mendapatkan penjelasan bukan hanya oleh (bekas) Peguam Negara sendiri tetapi apa situasi sebenarnya yang berlaku pada ketika itu.

“Walaupun sekiranya beliau (Gani) memberi penjelasan atau tidak ia tidak akan membantu. Pihak lain termasuk SPRM perlu menjelaskan kenapa ketika itu tiada pendakwaan,” katanya ,” kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Poh Kong Gold Note of Hope.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menggesa Abdul Gani memberi penjelasan kenapa tidak mendakwa Musa pada tahun 2012.

Isnin lalu, Musa berdepan 35 pertuduhan rasuah kerana didakwa menerima RM253 juta rasuah berkaitan kontrak pembalakan.

Berhubung dakwaan bekas menteri yang juga anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim bahawa “jutawan” dan “tauke” mempengaruhi keputusan kerajaan Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata Zaid bebas memberi pendapat.

“Saya tidak perlu bersetuju dengan semua orang. Mereka bebas memberikan pendapat di negara ini.

“Mungkin dia ada bukti. Dia boleh tunjukkan bukti, berapa bilion yang saya ada” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu membetulkan masalah diwarisi kerajaan terdahulu untuk pulih semula menjadi sebuah negara dihormati dunia.

“Soal menyalahkan orang itu soal undang-undang bukan soal kita,” katanya ketika diminta mengulas saranan Tun Daim Zainuddin agar kerajaan Pakatan Harapan menumpukan usaha menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 dan berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu. – BERNAMA

Tags: Abdul Gani Pataildakwa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

03/09/2025
0

Balik Pulau: Guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat...

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

30/08/2025
0

Johor Bahru: Tiga individu akan didakwa hari ini, susulan video disyaki seolah memuja jin dan ajaran sesat di Parit Raja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd