• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Huang Huang Menang Anugerah Di Jepun

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Huang Huang telah memenangi Anugerah ‘Spirit of Asia’ oleh Pusat Yayasan Asia Jepun bagi filemnya ‘Wushu Orphan’.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Yayasan Asia Jepun, Hiroyasu Ando ketika majlis penyampaian anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-31 yang telah diadakan di Tokyo Jepun dari 25 Okt hingga 3 Nov lepas.

Menurut TIFF dalam satu kenyataan, anugerah itu diberikan kepada pengarah yang berwibawa dalam bahagian ‘Asian Future’ TIFF, terpilih berdasarkan peluang untuk meraih kejayaan antarabangsa melampaui budaya dan sempadan negara.

Mengucapkan terima kasih kepada juri dan TIFF dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Cina, Huang juga berkata: “Saya mungkin suatu hari menjadi sebahagian daripada ‘masa lalu Asia’, tetapi pada masa ini, terima kasih atas anugerah ‘Asian Future’ ini.”

Anugerah Filem Terbaik ‘Asian Future’ jatuh kepada ‘A First Farewell’, arahan Lina Wang dan anugerah paling berprestij, Grand Prix Tokyo, diberikan kepada Mikhael Hers untuk ‘Amanda’.

Pusat Yayasan Asia dan TIFF telah lima tahun menjalinkan kerjasama. Usaha ini bertujuan memantapkan persefahaman bersama di Asia dengan mempamerkan filem Asia di Jepun dan filem Jepun di Asia, dan dengan membawa bakat Asia ke pesada dunia melalui TIFF.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://2018.tiff-jp.net/en/ – BERNAMA

Tags: FILEMSpirit Of Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd