• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SDP, Nestle Wujud Talian Bantuan Pekerja Ladang

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dan Nestle hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan satu talian bantuan yang dipertingkatkan bagi membantu pekerja yang bekerja di ladang SDP di Malaysia.

Ketua Pegawai Kelestarian SDP Dr Simon Lord berkata talian bantuan itu akan menyediakan saluran berkesan untuk pekerja melaporkan mengenai keadaan kerja, pengambilan pekerja, keselamatan dan isu lain yang mungkin memberi kesan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung melalui saluran komunikasi berteknologi.

“Kerjasama kami dengan Nestle selari dengan komitmen SDP dalam Piagam Hak Asasi Manusianya untuk ‘menyediakan akses kepada pemulihan terhadap sesiapa yang terjejas yang mana perniagaan itu menyebabkan atau menyumbang kepada kemudaratan itu’.

“Talian bantuan yang dipertingkat itu mengukuhkan prosedur menyampaikan rungutan dan saluran pemberi maklumat sedia ada kepada semua pekerja kami dan pihak luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Talian bantuan baharu itu akan membolehkan pekerja memilih saluran yang mereka rasakan paling selesa, sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook Messenger atau talian bebas tol, tujuh hari seminggu dengan pilihan pesanan di luar waktu pejabat.

Selain itu, beliau berkata dengan adanya talian bantuan ini, SDP tidak hanya menyediakan saluran berkesan untuk para pekerjanya membangkitkan apa-apa isu tetapi apa yang lebih penting adalah untuk memastikan isu berkenaan ditangani melalui protokol yang jelas dan perhatian berterusan untuk susulan dan penyelesaian semaksimum mungkin.

“Pemantauan bebas oleh pihak ketiga akan memberikan tahap akauntabiliti yang lebih tinggi buat kami untuk bertindak atas setiap keluhan daripada pekerja kami,” katanya.

Sementara itu, dalam jangka masa panjang, SDP dan Nestle berhasrat untuk memperkenal dan mempromosikan sistem talian bantuan itu kepada pemain lain dalam industri bagi menangani cabaran dalam menguruskan isu berkaitan tenaga buruh mereka yang besar. – BERNAMA

Tags: Nestlepekerja ladang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Ketika Jaga Bapa Sakit Di HRPB

Pekerja Ladang Cedera, Perut Tertusuk Besi Pengutip Sawit

21/02/2024
0

SANDAKAN: Seorang pekerja ladang cedera selepas besi yang digunakan untuk mengutip sawit tertusuk bahagian perutnya dalam kejadian di sebuah ladang...

Dihukum Gantung Bunuh Rakan Tegur Masakan Tidak Sedap

22/10/2019
0

TEMERLOH - Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd