Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Ada Lagi Anggota Parlimen...

SANDAKAN - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat...

Tahanan Lolos: SOP Jelas...

KUALA SELANGOR - Polis mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas bagi setiap...

Lupa Beza Sunnah &...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah...

Malaysia, Vietnam Tekankan Kerjasama...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Vietnam telah menekankan tentang pentingnya kerjasama antara tentera laut kedua-dua negara...

Pekerja Ladang Cedera, Perut Tertusuk Besi Pengutip Sawit

SANDAKAN: Seorang pekerja ladang cedera selepas besi yang digunakan untuk mengutip sawit tertusuk bahagian perutnya dalam kejadian di sebuah ladang sawit, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa berusia 21 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk rawatan kecemasan bersama besi yang masih menusuk perutnya.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar mengeluarkan besi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Nidzam Sainkui, berkata berkata pihaknya menerima panggilan dari Bahagian Kecemasan hospital, 10.35 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan.


“Mangsa lelaki tertusuk besi alat pengutip sawit (Loading Spike T-Handle) di bahagian perut ketika menjalankan aktiviti mengutip sawit.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi dengan menggunakan mesin grinder,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.07 pagi,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori