• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Makanan Didenda RM5K, Jual Jeruk Tiruan

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjual jeruk buah-buahan yang mengandungi ‘siklamat’ iaitu pemanis tiruan yang tidak dibenarkan.

Majistret Wong Chai Sai menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat SSYP Jaya Enterprise yang diwakili Lee Chow Yoke ,48, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya syarikat tersebut gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah menjual jeruk buah-buahan melalui Foo Chin Phan , 68, kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Muhammad Hafizuddin Badrul Hissham dan setelah di analisis oleh Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor di dapati mengandungi “siklamat’ iaitu pemanis tiruan yang tidak dibenarkan dalam Akta Makanan 1983 .

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasaraya Borong Super 7, Super Seven (Viva Home) Sdn Bhd di Jalan Loke Yew di sini pada 11.20 pagi, 17 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Peraturan 19 (2) yang dibaca bersama Peraturan 132A(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Cheras Rofidah Abd Molok memohon hukuman setimpal atas alasan ‘siklamat’ adalah pemanis buatan yang murah dan memiliki rasa manis 30 hingga 50 kali gula pasir.

“Bahan tersebut tidak boleh digunakan dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan sistem perkumuhan dalam usus tidak boleh berfungsi. Malah boleh menyebabkan pengecutan organ seks lelaki iaitu testis dan penyebab kanser kepada manusia,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan anggota dari pejabat kesihatan telah ke premis tersebut untuk menjalankan persampelan makanan bagi tujuan analisis mikrobiologi dan kimia terhadap jeruk itu.

Pegawai kesihatan itu telah membeli jeruk buah-buahan berharga RM12.60 daripada Foo untuk menjalankan analisis terhadap jeruk dan hasil analisis itu mendapati jeruk tersebut mengandungi siklamat’ iaitu pemanis tiruan yang tidak dibenarkan dalam Akta Makanan 1983. – BERNAMA

Tags: dendasyarikat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd