• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cukup-Cukuplah Panggil Najib Penyamun, Pencuri”

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Cukup-cukuplah menggelar dan memanggil Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai penyamun, pencuri.”

Demikian nasihat Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang menggesa orang ramai tidak lagi melabel Najib dengan tuduhan sebegitu kerana masih belum terbukti bekas perdana menteri itu bersalah.

Menurutnya, ‘cerita pencuri, penyamun’ itu diwar-warkan dan dilaungkan sejak dua tahun dulu, sebelum pilihan raya lagi dan ia adalah kerja-kerja pembangkang pada waktu itu.

“Ini kerja-kerja pembangkang ketika itu, kemudian disokong oleh Mahathir (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri yang sampai sekarang menggelar Najib sebagai pencuri.

“Pencuri yang dimaksudkan mereka dikaitkan dengan kes kononnya Najib mencuri duit 1MDB.

“Dakwaan yang dikemukakan kepada Najib satu pun tidak sentuh soal 1MDB tapi semua dakwaan atas dasar AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001),” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya adakah beliau merasakan Najib benar-benar menyamun dan mencuri duit 1MDB, Mustapha menegaskan beliau tidak percaya dengan tuduhan sebegitu.

“Kalau tanya sayalah, saya tidak percaya Najib curi atau samun duit 1MDB. Kalau nak menggelar Najib pencuri dalam kes 1MDB ini, kita tidak dapat ada bukti-bukti jelas katakan beliau terlibat.

“Mungkin apa yang berlaku adalah dia salah urus dalam hal 1MDB. Itu yang berlaku,” tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.

Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live baru-baru ini berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM2.6 bilion ke atas dirinya. – Sinar Harian Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakVeteran UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd