• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Tiada Lagi Gangguan Terhadap Kerajaan Sabah

oleh
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang hari ini diisytiharkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berharap tiada lagi gangguan terhadap pentadbiran kerajaan baharu negeri Sabah untuk membangunkan dan membela rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Shafie berkata gangguan terhadap kelancaran pentadbiran kerajaan negeri boleh membantutkan pelbagai usaha pembangunan negeri, termasuk keyakinan pelabur.

“Hala tuju kami adalah untuk membangunkan Sabah dan membela rakyat. Ini yang penting. Saya berharap jangan ada lagi pihak-pihak tertentu mempunyai tanggapan berbagai sehingga dapat melambatkan (proses pentadbiran kerajaan negeri),” katanya.

Mohd Shafie, yang dijadual membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada Jumaat (9 Nov) ini, berharap pihak pembangkang dapat memainkan peranan yang efektif dengan memberi teguran membina kepada kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan UPKO.

Berhubung keputusan Hakim Datuk Yew Jen Kie itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dengan baik dan memberi tumpuan terhadap pembangunan Sabah.

Sebaik keluar dari bangunan mahkamah, Mohd Shafie disambut ratusan penyokongnya, khususnya kalangan anggota Warisan, yang bersorak gembira atas keputusan mahkamah itu. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd