• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Sarawak Akan Jejas Pasaran Produk Petroleum

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tindakan Kerajaan Negeri mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarkan di negeri ini akan memberi impak bukan sahaja kepada Petronas malah pasaran produk berkenaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2019 pada Isnin lepas mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum.

“Bagaimanapun, perkara ini boleh dibincangkan kerana sebarang kenaikan kos melalui kenaikan cukai tambahan akan menyebabkan produk berkenaan tidak lagi menarik kerana ia akan menjadi lebih mahal daripada produk yang dikeluarkan di negara pengeluar minyak yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurut Azmin lagi, sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di negeri Sarawak.

“Namun, kita menghormati cadangan yang telah dikemukakan dan saya mengambil sikap yang proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak,” kata Azmin dan menambah Petronas turut menyatakan pandangan mereka mengenai perkara itu.

Azmin bagaimanapun menyatakan bahawa perkara mengenai cukai petroleum itu tidak beliau bincangkan dalam perjumpaan hari ini dengan Abang Johari, kecuali perbincangan dan penjelasan mengenai legasi kekayaan oleh pegawai-pegawai kanan Petronas yang turut sama semasa kunjungan hormat berkenaan.

“Kita telah menjelaskan kepada ketua menteri dan pihak Petronas akan menyediakan maklumat tambahan dan akan mengadakan perbincangan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata Kerajaan Persekutuan menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa perundingan selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai wakil yang secukupnya bagi membincang dan mengkaji semula Perjanjiian Malaysia 1963.

Turut sama semasa kunjungan hormat berkenaan ialah Menteri Kerja Raya, Baru Bian. – BERNAMA

Tags: cukai jualan produk petroleumpasaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salahuddin Akui Telur Ayam Tiada Di Pasaran

Salahuddin Akui Telur Ayam Tiada Di Pasaran

05/12/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui bahawa negara sedang berdepan masalah...

Petronas Sahkan Sarawak Fail Saman Tuntut Cukai Jualan

26/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu memfailkan saman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd