• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Khidmat Atas Talian Import Dibuat Berperingkat

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Proses pelaksanaan percukaian baharu terhadap perkhidmatan atas talian yang diimport akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican.

Johan berkata, proses itu akan dilaksanakan bermula dengan segmen perniagaan ke perniagaan (B2B) perkhidmatan atas talian yang diimport dan seterusnya kepada perkhidmatan atas talian yang diimport ke pengguna (B2C).

“Ini adalah bagi mengimbangi persaingan antara syarikat antarabangsa dan tempatan.

“Sebagai contoh, penyedia perkhidmatan penstriman video Amerika Syarikat, Netflix, yang membawa kandungan dari luar negara tidak dikenakan cukai, sebaliknya syarikat tempatan, iflix, perlu membayar cukai… ini persaingan yang tidak adil,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Johan menghadiri Majlis Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Belanjawan 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang dirasmikan Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith.

Johan berkata, buat permulaan, kerajaan akan mengadakan hubungan dengan syarikat besar perkhidmatan atas talian untuk berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sekiranya masih berminat untuk meneruskan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Beliau berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaan cukai itu termasuk pendaftaran syarikat yang menyediakan perkhidmatan atas talian yang diimport akan diumumkan oleh pihak Kastam.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. –BERNAMA

Tags: CukaiJKDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd