• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Jadi Perhatian Selepas Bantu Mangsa

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Sikap tanggungjawab seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan mendapat perhatian orang ramai.

Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor dalam perjalanan pulang selepas tamat waktu bekerja Ahad lalu.

Dalam perjalanan, dia ternampak seorang mangsa kemalangan berada di tengah jalan.

Dia dengan segera memberhentikan keretanya dan menghalang kereta lain sebelum membawa mangsa ke tepi jalan.

Malah dia turut menenangkan mangsa kemalangan tersebut.

Tindakan Nur Syuhada itu juga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah saya ucapkan kepada jururawat Nur Syuhada dari Hospital Sultanah Aminah kerana menunjukkan teladan yang baik.

“Inilah contoh wirawati yang berhati mulia, sentiasa berbakti walaupun di luar waktu kerja mereka,” ujar Tunku Ismail menerusi Facebook rasmi miliknya.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor di laman Facebooknya turut mengucapkan syabas kepada Nur Syuhada.

“Anda berjaya membuatkan masyarakat malaysia bangga dan terharu dengan sikap tanggungjawab tidak kira di mana pun berada.

“Anda membantu bukan kerana wang ringgit tetapi anda membantu kerana tanggungjawab sebagai jururawat kerajaan Malaysia.” – Mstar

Tags: jururawatkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd