• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapat Keputusan ‘D’, Remaja Cekik Ibu Hingga Mati

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu dicekik hingga mati oleh anak lelakinya yang berusia 15 tahun selepas mereka bertengkar mengenai keputusan peperiksaan.

Gregory Ramos yang mengaku membunuh ibunya, Gail Cleavenger telah diarah berada dalam tahanan juvana sehinga berusia 21 tahun oleh mahkamah di Volusia County.

Pembunuhan itu berlaku apabila mereka bertengkar mengenai keputusan peperiksaan Ramos yang mendapat gred D.

Belum jelas sama ada suspek akan didakwa sebagai pembunuh dewasa.

Turut terlibat, dua lagi kawan Ramos iaitu Dylan Ceglarek dan Brian Porras yang kedua-duanya berusia 17 tahun dan didakwa membunuh Kelas Satu.

Ramos merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah tinggi di Orange City dalam jurusan siasatan jenayah malah merupakan sukarelawan di sebuah balai polis.

Dia menghubungi polis pada Jumaat lalu dengan mendakwa rumahnya dirompak dan ibunya hilang.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyedari pembohongannya itu apabila timbul curiga di lokasi kejadian.

Malah calar di wajahnya adalah konsisten dengan luka yang dilakukan dalam mempertahankan diri.

Ceglarek dan Porras mengaku membantu Ramos bertindak sebagai perompak menanam mayat wanita itu.

Tidak lama kemudian, Ramos akhirnya mengaku membunuh ibunya, dengan mengatakan bahawa dia melakukan serangan mengejut.

Ini kerana Ramos percaya wanita itu akan membunuhnya. Bagaimanapun tiada bukti kukuh ada penderaan terhadapnya.

Selepas mencekik ibunya, dia keluar untuk mengambil kereta sorong.

Apabila dia kembali dan melihat ibunya masih bernafas. Ramos menghabiskan masa selama 30 minit mencekik ibunya sekali lagi.

Dia kemudian memasukkan mayat ibunya ke dalam kereta sorong dan memanggil Ceglarek dan Porras.

Mereka menanam mayat itu di sebuah lubang api gereja, lokasi ketiga-tiga remaja itu menghabiskan masa dan menghisap dadah.

Ramos, yang bercita-cita menjadi detektif pembunuhan, menggunakan pengetahuan analisis tempat kejadian jenayahnya dan memilih lubang api kerana ia mudah dibersih dan tidak terganggu.

Pegawai Sherif Mike Chitwood menganggap Ramos sebagai ‘individu yang tidak berjiwa dan mempunyai masalah gangguan pesonaliti anti sosial yang serius.

Malah Ramos juga dilihat tiada penyesalan, tenang dan bangga dengan apa yang dilakukan itu. –The Star/ Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Tags: cekikdetektif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Hampir Jadi Arwah Dicekik Suami Baran

17/05/2019
0

KUALA KANGSAR - Jika tidak kerana jeritan anak, seorang wanita boleh terbunuh akibat dicekik suaminya yang baran dalam kejadian di...

Suami Cekik Isteri Hingga Mati Akibat Cemburu

29/08/2018
0

BUTTERWORTH - Seorang wanita maut di tangan suaminya sendiri yang cemburu dengan mangsa yang didakwa memiliki hubungan dengan lelaki lain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd