• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Hampir Jadi Arwah Dicekik Suami Baran

oleh
17/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Jika tidak kerana jeritan anak, seorang wanita boleh terbunuh akibat dicekik suaminya yang baran dalam kejadian di Taman Sri Emas di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 34 tahun itu pada mulanya cuba menghalang tindakan suami yang memukul anak perempuan mereka berusia 13 tahun sebelum dia pula yang menjadi sasaran amukan suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, mangsa telah ditampar, rambut direntap dan mengalami cedera di kepala selepas dihentak pada kerusi.

“Siasatan awal mendapati suspek juga bertindak memulas tangan mangsa ke belakang, menumbuk perut serta menghentak kepalanya ke dinding sebelum mencekik leher hingga sukar bernafas.

“Anak mangsa yang menyaksikan kejadian itu menjerit-jerit meminta suspek melepaskan ibunya. Kejadian itu menyebabkan mangsa dan anaknya itu mengalami trauma,” katanya.

Razali berkata, selepas menerima laporan, pihaknya berjaya menahan suspek semalam.

“Hasil siasatan, suspek sering memukul mangsa serta dua anak mereka termasuk lelaki berusia 6 tahun sejak Januari lalu.

“Sikap panas baran suspek menyebabkan mangsa tidak tahan akan perbuatannya dan kini mereka dalam proses penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar,” katanya.

Razali berkata, mangsa dan anaknya telah menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

“Suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323/326a Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: barancekikisterisuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd