• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangga Menjadi Penenun Termuda Di Galeri Tenun Johor

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Melibatkan diri dalam seni warisan tenun ketika manjalankan latihan praktikal telah mengubah persepsi Nurul Ain Syamira Zainordi terhadap keindahan seni warisan ini.

Baru berusia 23 tahun, anak kelahiran Johor Bahru ini kini menjadi penenun termuda di Galeri Tenun Johor sekaligus mengembalikan kembali minat generasi muda terhadap seni warisan yang semakin hilang ditelan zaman.

“Tenunan ini adalah satu warisan yang sangat menarik tetapi semakin dilupakan, saya sangat menggalakkan semua generasi muda belajar seni tenun untuk meneruskan seni warisan yang semakin dilupakan ini.

“Generasi muda seperti kita sepatutnya mengambil tahu pasal menenun, sebab menenun ini bukanlah satu seni yang susah dipelajari. Marilah kita sama-sama mempelajarinya, sekaligus mengekalkan seni warisan tenunan ini bersama-sama,” katanya kepada BERNAMA baharu-baharu ini sambil tangannya sibuk menenun kain songket.

Berkelulusan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), minat Nurul Ain Syamira turut disokong oleh ahli keluarganya dan dia mahu menjadikannya sebagai kerjaya utama selain bercita-cita mahu mengangkat kembali nama warisan tenun ini di persada dunia satu hari nanti.

Menurutnya, terdapat beberapa proses untuk menenun, bagaimanapun proses tenun yang paling sukar ialah proses menyampak kerana proses itu mengambil masa dua minggu kerana perlu memasukkan benang satu persatu.

“Walaupun sukar, tetapi saya berasa sangat berpuas hati kerana mampu menyiapkan satu kain songket tenun ini,” katanya.

Nurul Ain Syamira berkata ketika menjalani praktikal di galeri itu, dia hanya mampu menyiapkan sehelai kain tenun dalam masa sebulan tapi kini boleh menyiapkan dalam masa tiga minggu sahaja.

Sementara itu, Penolong Kurator Galeri Tenun Johor Roslinda Mohd Rosli berkata selain Nurul Ain Syamira, terdapat lagi tiga penenun berusia antara 23 sehingga 30 tahun.

“Dalam usaha Yayasan Warisan Johor untuk mengembalikan semula tenunan negeri Johor ini, kita ada beberapa program antaranya Bengkel Sepagi di galeri ini, di mana kita mengetengahkan kepada orang awam mengenai cara-cara untuk menenun dan rekaan dan motif tenunan di Johor,” katanya.

Selain itu, galeri ini aktif mencari penenun-penenun rakyat Johor yang tidak aktif menenun dengan memberi pakej songket tenun, benang dan beberapa peralatan, supaya mereka kekal aktif menenun di rumah.

Roslinda juga berkata Galeri Tenun Johor yang menempatkan segala sejarah berkenaan dengan tekstil di nusantara dan di negeri Johor sendiri diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat selain menggalakkan lebih ramai untuk berkecimpung dalam seni warisan itu. – BERNAMA

Tags: Tenunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maybank Taja 400 Wanita Pengusaha Tenunan Di Indonesia

02/11/2016
0

LOMBOK - Yayasan Maybank menaja 400 wanita Malaysia untuk mengikuti latihan tenunan kain tradisional di Lombok dan Sumatera Barat sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd