• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Kawasan Di Kuala Pilah Dikenal Pasti Lokasi Banjir Kilat

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Enam lokasi di daerah Kuala Pilah dikenal pasti berpotensi dilanda banjir kilat semasa musim tengkujuh yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan, kata Anggota Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata enam lokasi terbabit ialah Kampung Sungkak, Kampung Pelangai Hilir, Kampung Kuala Jemapoh, Kampung Tanjung Jati, Kampung Seri Pilah Seberang dan Kampung Juasseh Tengah.

Katanya sebagai langkah jangka pendek, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa dan agensi terlibat untuk mengenal pasti punca masalah itu seperti longkang tersumbat dan menyelesaikannya.

Penyelesaian jangka panjang pula antaranya adalah mendalamkan Sungai Muar, katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pengendalian Bencana dan Banjir anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Pilah.

Dalam perkembangan lain, Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa masalah kesihatan dihadapi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah Mohamad Nazaruddin Sabtu telah menjejaskan tanggungjawabnya kepada penduduk di kawasannya.

“ADUN Pilah tetap melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk di sini di mana beliau ada turun melawat kawasan yang dinaiki banjir.

“Sihat atau tidak, kita sama-samalah mendoakan kesejahteraannya dan semoga beliau kembali sihat seperti sediakala dan jangan risau kerana pejabat saya (Parlimen Kuala Pilah) akan sentiasa membantu beliau dalam menjalankan tugasnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd