• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari Hanya Untuk Warga Malaysia

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang, katanya.

“Pas perjalanan berkenaan boleh digunakan mulai 12.01 tengah malam 1 Jan depan dan boleh ditambah nilai di mana-mana lokasi yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai Touch’nGo,” katanya dalam sidang media mengenai pas perjalanan itu di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Mengenai Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM50 pula, ia adalah untuk semua bas kendalian Rapid di Lembah Klang, katanya.

Loke berkata pengguna boleh melanggan pas berkenaan menggunakan fungsi Touch’nGo pada ketiga-tiga kad pengenalan diri berkenaan di semua stesen LRT, MRT dan empat hab bas selepas majlis pelancaran pas perjalanan berkenaan pada bulan depan.

“Penggunaan pas perjalanan ialah untuk tempoh 30 hari tidak kiralah bulan itu mempunyai 28 hari atau 31 hari. Ia tidak berasaskan bulan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contoh sekiranya seorang pengguna mula menggunakan pas perjalanan berkenaan pada hari ini (5 Nov) maka pas berkenaan boleh digunakan sehingga 4 Dis,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada Jumaat mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Jan 2019.

Loke berkata pelaksanaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 45 peratus pengguna perkhidmatan rel Rapid dan hampir 100 peratus pengguna perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang dengan menawarkan kos penjimatan yang sangat ketara.

Sebagai contoh, katanya seorang pengguna perkhidmatan rel dan bas yang tinggal di Kajang dan bekerja di KLCC perlu membayar sekitar RM280 sebulan atau RM6.40 untuk perjalanan satu hala dan dengan melanggan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari bernilai RM100 itu, pengguna tersebut dapat menjimatkan perbelanjaan sebulan hampir RM100.

Loke bagaimanapun menegaskan pas berkenaan tidak boleh digunakan untuk bayaran letak kereta di stesen-stesen pengangkutan awam memandangkan ia bertujuan menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam. – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd