• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Kereta Baharu Antara Alasan Tangguh Bayaran Balik PTPTN

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Membeli kereta baharu antara alasan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata alasan itu tidak munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN misalnya ada serendah RM90 sebulan.

“Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguhan sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguhan daripada PTPTN.

“…kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguhan bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh,” katanya pada sidang media selepas majlis santai bersamanya di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Wan Saiful berkata situasi itu menunjukkan satu budaya masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila sikap mereka yang lebih mengutamakan kereta baharu daripada membayar balik hutang PTPTN yang telah pun digunakan mereka.

“Ini isu sikap. Prioritinya di mana…realitinya dia (peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang lain boleh dapat pinjaman itu,” katanya.

Sebubungan itu, beliau berharap peminjam perlu lebih bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka supaya pelajar baharu lain boleh mendapat manfaat sama nanti.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN yang bekerja dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus boleh mengemukakan rayuan kepada perbadanan tabung pendidikan itu.

“Sudah tentu mereka masih boleh membuat rayuan…kita akan tengok kepada rayuan-rayuan yang alasan munasabah,” katanya.

Beliau berkata dijangkakan pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual untuk bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat dilakukan pada suku pertama tahun depan.

“Dalam tempoh dua bulan ini pihak kita akan menjalankan penerangan di seluruh negara melibatkan pihak berkepentingan sama ada penduduk setempat, pihak universiti, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan juga media mengenai pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual ini,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. – BERNAMA

Tags: PTPTNWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd