• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019 Bukti PH Tipu Hapus Bayar Balik PTPTN

oleh
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) amat aneh!

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencadangkan cara potongan gaji daripada pendapatan bulanan lebih RM1,000 sebulan walhal ia ternyata bertentangan dengan janji dibuat PH sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Penipuan PH tersebut didedahkan sendiri oleh bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Lenggong dipetik portal berita tempatan, AgendaDaily hari ini.

“Secara jujur saya ingin sebut beberapa perkara dibentangkan adalah baik kepada PTPTN. Namun sebagai sebuah kerajaan yang telah berjanji kepada rakyat, sudah jelas Bajet 2019 mengesahkan PH gagal tunai apa dijanjikannya.

“Pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan lebih RM1,000 sebulan bermakna kerajaan PH mewajibkan potongan gaji semua peminjam bergaji RM1,000 ke atas.

“Ini menunjukkan apa yang dijanjikan oleh PH untuk memulakan bayaran balik ditangga gaji RM4,000 dengan sendirinya tidak dilaksana, sebaliknya mewajibkan pula potongan bermula pendapatan RM1,000 ke atas,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO memberitahu bahawa sebelum ini PTPTN memang ada sistem bayaran balik melalui potongan gaji, namun ia bukanlah wajib sebaliknya dilaksanakan atas persetujuan peminjam sendiri.

Justeru itu kata Shamsul apa dilakukan PH kini secara jelas memang bertentangan dengan 10 Janji 100 Hari mereka sendiri ketika PRU ke-14 lepas yang jadi punca ramai anak muda sanggup mengundi blok politik pelik tersebut.

Malah cadangan potongan pinjaman kepada peminjam daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan Kelas Pertama peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja katanya bermakna bukan semua peminjam terima keistimewaan ini.

Tambah Shamsul lagi, selama ini memang PTPTN ada polisi ‘Pengecualian Bayaran’ yang telah dilaksanakan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dengan peroleh Kelas Pertama untuk galak penuntut belajar bersungguh-sungguh.

Sejak dilaksanakan oleh PTPTN sehingga Mac lalu, sejumlah 45,000 pelajar berjaya mendapat nikmat ini dengan hampir RM1.5 bilion. Malah apa dilaksanakan dahulu nikmatnya diraih semua golongan tanpa kira latar belakang.

“Ini sebagai suatu usaha PTPTN mewujudkan daya saing dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun dasar baharu Kerajaan PH ini hanya akan dinikmati oleh peminjam daripada kelompok pendapatan B40 sahaja.

“Bahkan kemungkinan ‘potongan pinjaman itu juga bermaksud bukan pengecualian bayaran’, sebaliknya hanya dipotong pinjaman mengikut kadar peratusan tertentu sahaja,” kata Shamsul dalam nada kesal.

Secara umumnya ujar beliau, perkara yang dinyatakan dalam Bajet 2019 berkaitan PTPTN baik kepada untuk institusi itu kerana telah dilaksanakan sebelum ini dan cuma ditambah baik sahaja.

Malah tegas beliau banyak perkara baik diwujudkan pentadbiran BN yang sebelum ini kuat ditentang sendiri oleh ramai ahli Parlimen PH dahulu tetapi kini terus dilaksanakan mereka pula tanpa perasaan malu atau bersalah.

“Ini bermakna apa yang Kerajaan BN lakukan sebelum ini adalah betul. Umpamanya pelepasan cukai yang diumumkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 adalah lanjutan dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

“Ia menepati perancangan PTPTN sejak Kerajaan BN iaitu mengalihkan kebergantungan pelajar kepada pinjaman sebaliknya kepada simpanan sesuai dengan imej ‘Tabung Pendidikan’ yang dijenamakan oleh Kerajaan BN.

“Namun ketika itu diputar belit oleh PH ketika itu termasuk oleh Pengerusi PTPTN sekarang,” katanya. Menurut Shamsul lagi, Bajet Kerajaan PH 2019 masih gagal mengemukakan program atau dasar baharu yang lebih jelas.

“Hampir kebanyakan diumumkan adalah apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN dahulu. Malah banyak dahulu dapat bantahan mereka tetapi dilaksanakan dan hanya tukar nama sahaja,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: PTPTNShamsul Anuar Nasarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd