• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kecewa Bajet Tiada Unsur Wow Jelas Sisih Melayu

oleh
02/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… PAS akui pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat tidak mempunyai unsur ‘wow’ kerana lebih mementingkan penduduk di bandar.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata jika sebelum ini PH jadi pembangkang dan kritik Barisan Nasional (BN) kerana buat bajet defisit, perkara yang sama berlaku pada hari ini.

“Saya tengok tiada unsur ‘wow’, kalau sebelum ini kerajaan BN dikritik selalu defisit dalam perbelanjaan, perkara yang sama juga berlaku. Kalau dulu selalu kritik supaya bajet pembangunan lebih besar daripada pengurusan.

“Kali ini Pakatan Harapan (PH) yang sudah jadi kerajaan pun nampak tiada perbezaan juga,” kata beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam nada kesal ketika ditemui media di lobi Parlimen.

Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS turut menyifatkan bajet kali ini sebagai sindiran kepada orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana masih memberi sokongan kepada UMNO dan PAS.

“Saya rasa bajet dibentangkan dibuat sebagai hadiah kepada warga bandar yang beri sokongan kepada PH tetapi sindiran kepada orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana masih sokong kami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari turut melahirkan rasa kesal kerana tiada satu pun perkataan ‘Kelantan’ yang disebut oleh Guan Eng semasa membaca teks belanjawan tersebut.

“Mungkin ada.. tapi tidak disebutkan secara terang di dalam teks yang dibaca beliau. Kami terasa kecewa, bagai dianaktirikan dalam pembentangan bajet ini,” katanya.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau turut mempersoalkan motif kerajaan PH yang tidak pula menjelaskan sama ada belanjawan yang dibentangkan ini sebagai bajet surplus atau defisit.

“Nak banding sebelum ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ada nyatakan bajet defisit atau surplus. Tapi hari ini tiada. Adakah ada muslihat tersembunyi atau ada helah yang tidak mahu didedahkan kepada rakyat?

“Saya mahu Menteri Kewangan dan PH dedahkan fakta dengan jelas supaya rakyat tahu perkara sebenar,” kata Ahmad Fadhli.- Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Bajetbelanjawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

09/10/2022
0

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar melihat Belanjawan 2023 seakan tidak memihak golongan pesara...

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

04/10/2022
0

Tokoh-tokoh Pakatan Harapan (PH) menjangkakan pilihan raya akan dibubarkan minggu ini, sebelum kerajaan membentangkan belanjawan 2023. Ikuti Mynewshub: Telegram Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd