• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Hutang Isi Rumah Dijangka Terus Terkawal

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap hutang isi rumah pada 2019 dijangka kekal terkawal selaras dengan guna tenaga dan pendapatan yang stabil.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, keadaan itu turut disokong langkah berterusan kerajaan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran isi rumah tentang perancangan dan pengurusan kewangan.

Pada akhir Jun 2018, keseluruhan hutang isi rumah berjumlah RM1.17 tilion iaitu 83.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tahap hutang juga telah menyederhana sejak 2015 berikutan langkah makro berhemat yang dilaksanakan untuk mengawal tahap hutang isi rumah.

“Sebahagian besar hutang terdiri daripada pinjaman untuk pembelian harta tanah kediaman (53 peratus) diikuti kegunaan persendirian (14.4 peratus) dan kereta penumpang (13.8 peratus),” kata laporan itu.

Jumlah aset kewangan isi rumah juga kekal kukuh berjumlah RM2,458.4 bilion.

Merujuk prestasi sistem perbankan, laporan itu berkata sistem berkenaan dijangka kekal kukuh, beroperasi dengan penampan mudah tunai dan modal yang mampan.

Bagi tempoh tujuh bulan pertama 2018, aktiviti sistem perbankan kekal berdaya tahan dengan semua petunjuk pembiayaan terbukti berkembang.

Permohonan, kelulusan dan pengeluaran pinjaman masing-masing meningkat 5.7 peratus, 5.1 peratus dan 7.3 peratus kepada RM505 bilion, RM223.1 bilion dan RM678.8 bilion manakala jumlah pinjaman terkumpul meningkat 5.3 peratus kepada RM1.63 trilion pada akhir Julai 2018.

“Pinjaman kepada perniagaan merekodkan pertumbuhan stabil dalam tempoh yang sama dengan permohonan pinjaman kembali meningkat ketara sebanyak 7.4 peratus kepada RM227.8 bilion manakala jumlah kelulusan pinjaman pula berkembang 3.3 peratus kepada RM100.5 bilion.

“Pinjaman kepada isi rumah pula mencatat pertumbuhan kukuh dengan pengeluaran pinjaman meningkat 13.2 peratus kepada RM191.7 bilion, terutamanya bagi tujuan kredit penggunaan (47.2 peratus), diikuti pembelian harta tanah kediaman (26 peratus) dan kereta penumpang (11.9 peratus),” kata laporan itu.

Selain itu, secara kesimpulannya, laporan itu mengunjurkan dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kestabilan harga.

Pasaran modal pula dijangka terus berdaya tahan disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang menggalakkan dan pertumbuhan global yang kukuh.

“Bagaimanapun, faktor luar termasuk normalisasi dasar monetari dalam kalangan ekonomi utama, ancaman perdagangan dan dasar perlindungan yang semakin meningkat, pengimbangan semula aliran pelaburan global dan ketegangan geopolitik boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan dan modal.

“Tumpuan akan terus diberikan demi memantapkan pasaran dengan menyediakan persekitaran yang menyokong inovasi, memastikan rangka kerja pengawalseliaan terus diperkukuh serta prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dipatuhi,” menurut laporan itu. – BERNAMA

Tags: Hutangterkawal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd