• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya TVET & Industri Perlu Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Nurul Izzah Anwar menegaskan keperluan mewujudkan Suruhanjaya TVET dan Industri di bawah Parlimen adalah untuk penyelarasan yang lebih cekap dalam bidang itu.

Katanya, suruhanjaya itu antara lain perlu berfungsi sebagai penggerak utama dalam usaha meningkatkan TVET dengan menyelaraskan tujuh kementerian yang bertanggungjawab sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga mahir negara.

“Kita dengar banyak benar kementerian yang mengawal selia, jadi semua ini, Insya-Allah, saya gabungkan menerusi Rang Undang-Undang untuk menubuhkan Suruhanjaya TVET dan industri.

“Bertahun-tahun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengalami masalah ini, dan pada saya kalau kita nak selesaikan, kita kena pergi ke pangkal masalah dan kita harus berani melakukan sesuatu, dan akhirnya Parlimen harus jadi badan yang terulung untuk mengawal selia, JPK patut diletakkan di bawah Parlimen,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini malam tadi.

Nurul Izzah berkata beliau komited dan fokus dalam bab legislatif iaitu melaksanakan suruhanjaya ini dan menegaskan keperluan penyelarasan dalam mengawal selia kesemua tujuh kementerian sedia ada.

“Kalau kita tengok mana-mana negara lain, di United Kingdom contohnya ada Ofsted. (The Office for Standards in Education, Children’s Services and Skills) Ofsted nak tutup (industri), atau buka, dialah berkuasa. Jadi di sini, kita perlu ada Suruhanjaya TVET. kenapa? Untuk mengawal selia tujuh kementerian,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan tujuh kementerian bagi pelaksanaan TVET iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Kementerian Sumber Manusia sebagai penyelaras. – BERNAMA

Tags: Nurul IzzahTVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd