• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Humban Bayi Perempuan Dalam Gaung

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Kecewa tidak dapat anak lelaki, seorang lelaki sanggup bertindak kejam membuang bayi perempuannya dari cenuram hanya selepas enam jam dia dilahirkan di hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong, China.

Bagaimanapun, bayi yang dibungkus di dalam guni itu bernasib baik apabila ditemui bernyawa selepas 12 jam apabila jatuh di atas ranting kayu sebelum dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

Kejadian disedari selepas Pusat Kesihatan Magui membuat panggilan polis melaporkan mengenai kehilangan bayi itu di hospital berkenaan, lapor Gaozhou Television.

Polis melakukan siasatan kemudiannya mengesyaki ia perbuatan bapa bayi berkenaan dikenali sebagai Li.

Polis yang melakukan pencarian bersama anggota penyelamat dan sukarelawan kemudiannya terdengar tangisan bayi terbabit dan menemui mangsa kira-kira 30 meter dari lokasi dia dicampak oleh bapanya.

Laporan dipetik polis daerah Magui berkata, lelaki itu akhirnya mengaku menyumbat bayinya ke dalam guni dan melemparkannya dari tebing di kawasan pedalaman kerana kecewa harapan untuk memiliki anak lelaki tidak tercapai.

Bayi itu kini dilaporkan berada di dalam keadaan sihat dan dijaga oleh ibunya manakala bapanya ditahan polis untuk tindakan lanjut. – Agensi/myMetro Online

Tags: bayiChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd