SEKALI imbas nama Honda Civic Type R sahaja, dah pasti ramai brader-brader JDM membayangkan sebuah jentera berjiwa kelajuan.
Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh Honda menerusi keluaran Civic Type R generasi keempat yang didatangkan dengan sistem turbo buat kali pertamanya.
Civic Type R versi produksi bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show pada bulan Mac 2015 ini.
Honda telah mengeluarkan beberapa gambar teaser yang menunjukkan sedikit rupa bentuk luaran dan dalaman versi produksi kereta tersebut.
Kluster instrumen yang ditunjukkan di atas mengesahkan wujudnya butang +R yang memberikan kereta tersebut denyutan nadi sebuah kereta berkuasa tinggi.
Buat pertama kalinya, pengeluaran Honda Civic Type R mempunyai garis merah di bawah 8,000 RPM memandangkan ianya bakal datang dengan enjin 2.0-liter turbo VTEC.
Masih lagi tiada kata putus tentang berapa output kuasa kuda kereta tersebut, tetapi Honda memaklumkan versi produksi bakal hadir antara 280HP sehingga 320HP.
Walau bagaimanapun dengan pengeluaran gambar teaser ini, Honda mengesahkan yang kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 270km/j!
Peningkatan kuasa kuda membuatkan model Civic Type R ini hadir dengan reka bentuk lebih aerodinamik bagi memberikan daya tujah (downforce) lebih baik sekaligus mengekalkan keseimbangan kereta ketika meluncur di atas jalan raya.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Carlist
Oleh: hzqahmd
https://www.youtube.com/watch?v=08QgTcGhU3Q



