• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Cabul Babit MP Akan Dihantar Pendakwa Raya

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang didakwa mencabul seorang remaja perem­puan berusia 15 tahun di Perlis akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihak polis telah mengambil keterangan Anggota Parlimen itu dua hari lepas.

“Kertas siasatan yang lengkap berhubung dakwaan cabul melibatkan Anggota Parlimen ini akan kita serahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM di sini, hari ini.

Selasa lepas, media melaporkan Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman telah merakamkan keterangan Anggota Parlimen dari Perlis itu selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada pendakwa raya berhubung kes pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, pada 8 Sept lepas.

“Kita sudah serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada pendakwa raya dan masih menunggu jawapan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 11 Sept lepas, polis telah menahan bekas pegawai Mohd Azis itu bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenkes cabul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd