• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pampasan AES Masih Diteliti Kerajaan

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih dalam proses meneliti jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi kos pengambilalihan dua syarikat berkaitan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata perbincangan telah dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara susulan pembatalan perjanjian dan pampasan yang dikemukakan LTAT.

“Dalam perbincangan terkini pada 26 Oktober lepas semua pihak telah bersetuju supaya tuntutan akhir kepada LTAT dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti secara terperinci dengan melihat segala elemen kos yang telah dikemukakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu jumlah pampasan yang telah dibayar kepada syarikat pengendali AES setelah diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kamarudin berkata Kementerian Kewangan kemudian akan memberi cadangan kepada kerajaan mengenai kaedah penyelesaian berhubung tuntutan itu.

“Proses ini dijangka dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, perkembangan akhir perkara itu akan diumumkan selepas diluluskan Jemaah Menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: AESLTAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

Menteri: LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

18/09/2023
0

Penjualan Boustead Plantations Berhad adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd