• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bebas Beragama Bukannya Bebas Promosi Agama

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi mana-mana agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perkara ini yang selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mungkin apa perlu dibincang di sini ialah beberapa perdebatan tentang Artikel 11 iaitu kebebasan untuk beragama cuma dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi, itu isunya yang mungkin jadi perdebatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu reaksi kerajaan mengenai kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap penangkapan 50 penganut Syiah di Kelantan baru-baru ini yang menurut mereka menafikan hak Perlembagaan individu terbabit untuk kebebasan beragama.

Mujahid berkata pihak kementerian terbuka menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak termasuk Suhakam dalam isu agama.

“Tetapi apa lebih penting selagi tindakan dilakukan itu (penangkapan 50 penganut Syiah) tidak salah di sisi undang-undang negara, maka kita akan pertahankan apa kita telah kuatkuasakan,” katanya.

Mengenai soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang mahu tahu pendirian kerajaan terhadap cadangan Tommy Thomas supaya pengharaman empat buah buku yang ditulis novelis Faisal Tehrani yang didakwa berunsurkan Syiah ditarik balik, Mujahid berkata beliau tidak pasti sama ada itu hanya cadangan atau pandangan biasa Peguam Negara itu.

“Sebagaimana saya kata semua pihak berhak beri pandangan akhirnya yang akan tentukan ialah perundangan negara dan prinsip-prinsip yang telah diputuskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AgamaDatuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru pemimpin Melayu Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri....

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd