• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kotak Hitam Dipercayai Milik Lion Air Ditemui

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas dilaporkan ditemui di perairan Tanjung Karawang, pagi ini.

Menurut siaran langsung sebuah televisyen tempatan, TV One yang mengikuti operasi pencarian itu, kotak hitam dan sebahagian bangkai pesawat itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Setakat 11 pagi waktu Indonesia barat, belum terdapat makluman rasmi berkenaan penemuan itu oleh pihak berkuasa Indonesia.

Mengikut laporan televisyen berkenaan, kotak hitam itu dibawa ke Kapal KM Baruna Jaya 1.

Ketua Kesiapsagaan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi sebelum ini berkata empat kapal yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu yang memiliki teknologi sonar, telah mengesan isyarat ping di koordinat sama di perairan Tanjung Karawang.

Fokus pencarian pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas, hari ini bertumpu di satu koordinat yang dikesan isyarat ping dari kotak hitam pesawat itu.

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628. – BERNAMA

Tags: kotak hitampesawat Lion Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

31/01/2025
0

WASHINGTON - Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan daripada pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di...

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

27/01/2025
0

SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd