Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

PRU15: Anwar Pintas Peja...

IPOH - Keputusan tidak rasmi Parlimen Tambun menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk...

Kerajaan Pahang Alu-Alukan Tawaran...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang mengalu-alukan kesediaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri...

Agensi Keselamatan Thai Waspada...

BANGKOK - Agensi keselamatan Thailand diarah supaya berwaspada dan terus memantau rapi keadaan...

Pakej Liga Perdana Inggeris...

BERITA baik untuk kaki melancong, sila berkunjung ke pameran Matta yang bermula hari...

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

SEOUL – Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada Isnin, mendedahkan kotak hitam pesawat itu berhenti merakam kira-kira dua kilometer (km) sebelum pesawat menghampiri landasan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa ini merupakan laporan pertama sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 29 Disember yang meragut nyawa 179 daripada 181 orang di dalam pesawat Boeing 737-800 berkenaan. Hanya dua orang terselamat.

Penemuan awal itu akan diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), serta pihak berkuasa penerbangan di Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand, menurut kementerian pengangkutan.

Jawatankuasa penyiasatan di bawah kementerian pengangkutan mendedahkan lokasi anggaran di mana kotak hitam yang merangkumi perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR), berhenti berfungsi.

Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Disember, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar “localiser” berhampiran landasan.


Kementerian itu memaklumkan bahawa beberapa bulan diperlukan untuk menganalisis FDR dan CVR bagi pengesahan lanjut.

Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa masa sebenar kejadian pelanggaran dengan burung, bilangan burung yang terlibat dan sama ada kehadiran spesies burung lain, masih belum dapat dipastikan.

Kementerian itu telah memberi taklimat kepada keluarga mangsa mengenai penemuan awal itu dalam satu pertemuan pada Sabtu.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori