• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Akan Tunduk Desakan Haramkan Grab

oleh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tidak akan tunduk terhadap desakan pemandu teksi yang mahu perkhidmatan syarikat e-hailing yang menggunakan kereta persendirian, khususnya Grab diharamkan.

Menurut beliau, kerajaan peka dengan permasalahan melibatkan pemandu teksi, namun isu itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan hanya menerusi pandangan pemandu teksi malah perlu dilihat daripada perspektif penumpang.

Katanya kementerian telah merangka formula menang-menang untuk menjaga kebajikan pemandu teksi dan pemandu yang menggunakan perkhidmatan syarikat e-panggilan.

“Hala tuju kita, kita nak menggalakkan pemandu teksi guna aplikasi e-hailing, sama ada syarikat Grab atau syarikat-syarikat lain, bukan nak fokus kepada Grab saja, ada 20 hingga 30 syarikat e-hailing di negara ini, ada banyak lagi pilihan.

“Yang penting, kita nak yakinkan pemandu teksi, kalau kita tak gunakan aplikasi teknologi baharu, kita akan ketinggalan. Kita nak bantu, bukan nak memangsakan pemandu teksi, tapi kalau ikut permintaan sebahagian pemandu teksi yang mahu kerajaan haramkan e-hailing, haramkan Grab, maka pada hari yang sama orang ramai juga akan adakan demonstrasi membantah keputusan itu,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya, malam ini.

Mengenai kadar komisyen tinggi dikenakan syarikat e-hailing, Loke berkata dalam dasar baharu, kerajaan menetapkan had komisyen pemandu kereta persendirian yang boleh dikenakan syarikat e-panggilan diturunkan kepada 20 peratus dan bukan lagi 25 peratus, manakala bagi pemandu teksi komisyen yang dikenakan syarikat e-hailing dihadkan kepada 10 peratus.

Beliau juga meminta Anggota Parlimen menggunakan peruntukan di kawasan parlimen masing-masing, untuk bersama-sama membantu persatuan pemandu teksi menggunakan telefon pintar bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi e-panggilan.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata kerja-kerja penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan melibatkan pembesaran bangunan sedia ada bagi membolehkannya menampung kapasiti penumpang daripada 1.5 juta kepada empat juta dijadual bermula pada 2020 melalui tender terbuka.

Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, katanya kerajaan masih meneliti beberapa opsyen untuk meningkatkan kapasitinya daripada 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta.

“Jumlah penumpang dikendalikan LTAPP pada tahun 2017 telah mencapai sebanyak 7.2 juta penumpang iaitu 111 peratus daripada kapasiti sedia ada,” katanya.

Mengenai celahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) sama ada cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang di Bagan Serai yang sebelum ini pernah ditimbulkan akan diteruskan, Loke berkata pihaknya perlu menerima kertas cadangan terlebih dahulu untuk diteliti pihaknya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeGrab
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd