• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MotoGP: Litar Kering Pilihan Hafizh Di Sepang

oleh
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar yang kering di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada perlumbaan MotoGP Malaysia 2018 Ahad ini.

Hafizh, 24, yang beraksi bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 berkata trek yang basah akan membawa kesukaran buatnya memandangkan beliau belum pernah berlumba dalam keadaan hujan sejak beralih ke Kelas Perdana.

“Sejujurnya saya harapkan cuaca baik serta trek yang kering sebab saya tidak ada pengalaman beraksi di litar basah,” katanya ketika ditemui pemberita pada pra-acara sempena perlumbaan MotoGP Malaysia di Jalan Ampang di sini, hari ini.

“Cuma saya perlu lebih konsisten di pertengahan perlumbaan untuk raih keputusan yang lebih baik supaya apa yang terjadi di MotoGP Australia tidak berlaku di Sepang,” tambahnya.

Hafizh yang menyasarkan untuk muncul pelumba rookie terbaik musim ini mengakui sedikit tertekan, namun beraksi di laman sendiri sambil disaksikan puluhan ribu penyokong tempatan memberinya satu semangat serta motivasi terbaik.

“Tekanan itu pasti ada tetapi saya sebenarnya lebih bersemangat untuk berjuang di tempat sendiri kerana ramai rakyat Malaysia yang akan turun memberikan sokongan. Saya tidak sabar untuk berikan satu persembahan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Hafizh percaya rakan sepasukannya sudah bersedia memberikan komitmen 100 peratus dalam membantunya muncul pelumba rookie terbaik.

“Saya tak berani nak janji akan muncul pelumba rookie terbaik tetapi saya yakin dengan diri saya dan pasukan yang kami mampu untuk berikan saingan sengit kepada semua pasukan,” katanya.

Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao’ kini mengumpul 34 mata untuk menduduki tempat ke-18 selepas mengharungi 17 perlumbaan dan ketinggalan 12 mata di belakang pelumba Honda, Franco Morbidelli bagi merebut gelaran pelumba rookie terbaik musim 2018. – BERNAMA

Tags: Hafizh SyahrinMotoGP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Mahu Lebih Ramai Anak Malaysia Berada Di Barisan Hadapan MotoGP

Zahid Mahu Lebih Ramai Anak Malaysia Berada Di Barisan Hadapan MotoGP

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan hasrat untuk melihat lebih ramai anak Malaysia...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd