• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Kena Kreatif Jana Ekonomi Ketika Monsun

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Golongan nelayan kecil khususnya nelayan di kawasan pesisir pantai perlu lebih aktif dan kreatif dalam mewujudkan peluang ekonomi alternatif apabila pendapatan mereka terjejas akibat kedatangan musim monsun.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata mereka boleh membentuk satu komuniti yang membolehkan mereka terlibat dalam industri hiliran berasaskan ikan sekaligus dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan ekonomi masyarakat setempat.

Dengan kewujudan kelompok yang aktif dalam aktiviti perniagaan berasaskan perikanan juga katanya memudahkan pihak kerajaan dan agensi terlibat memberikan nasihat dan bantuan yang sewajarnya agar peniagaan yang dijalankan dapat bergerak dengan lebih tersusun.

“Mereka boleh mengambil contoh Komuniti Perikanan #myKP di Kampung Tok Jembal ini yang aktif menjalankan aktiviti perikanan seperti jualan ikan segar, kegiatan rekreasi memancing (sport fishing), lawatan ke pulau-pulau sekitar, sewaan premis perniagaan dan lain-lain sebagai sumber pendapatan ketika musim tengkujuh.

“Ini perlu dilakukan kerana mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan ikan kerana pendapatan musim tengkujuh tidak menentu ekoran hasil ikan yang berkurangan…kewujudan komuniti ini juga memudahkan jabatan dan agensi terlibat menghulurkan pelbagai bantuan yang sewajarnya bagi membantu mereka terus bergerak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan Komuniti Perikanan #myKP bersama Media di Kampung Tok Jembal, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Zawawi Ali dan wakil #mykp Mat Aziz Ali.

Ditubuhkan pada tahun 2010 dengan nama Kumpulan Pengurusan Sumber Perikanan Tok Jembal, #mykp dijenamakan semula pada tahun ini dan beroperasi di Pangkalan Nelayan Tok Jembal, di sini.

Dalam perkembangan lain, Munir menasihatkan penternak ikan sangkar di kawasan Pantai Timur menuai hasil ternakan mereka lebih awal sebelum musim tengkujuh bermula bagi mengelak kemungkinan kerugian besar.

Ketika ini, katanya, pegawai perikanan di setiap negeri telah diarah berjumpa dengan semua penternak ikan dan nelayan bagi memberikan nasihat berhubung gesaan itu dan mencadangkan langkah sewajarnya bagi mengurangkan kerugian yang lebih teruk.

“Antara nasihat mereka disarankan untuk memastikan ternakan sangkar mereka diikat dengan sempurna dan tidak berada di laluan air deras bagi mengelakkan ia dihanyutkan air.

“Selain itu saya turut menasihatkan kepada golongan berkenaan supaya mengalih sangkar mereka ke kawasan yang lebih selamat..kita juga memantau keadaan sangkar-sangkar pengusaha dan menasihatkan mereka tidak memulakan ternakan semasa musim monsun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd