• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Rasmi Patung Tertinggi Di Dunia

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEGAH… Ketika rakyat Turki bangga Presidennya, Recep Tayyip Erdogan rasmi lapangan terbang baharu Istanbul yang terbesar di dunia kelmarin, India turut megah cipta rekod terkini global.

Hari ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi merasmikan patung tertinggi di dunia setinggi 182 meter dengan penuh meriah diwarnai percikan bunga api dan kawalan keselamatan ketat di Empangan Sardar Sarovar, Gujerat.

Dikenali sebagai Statue of Unity atau Patung Perpaduan, ia dibina di atas puncak pulau kecil Sadhu Bet bagi usaha peringati dan bersempena ulang tahun kelahiran ke-143 pahlawan kemerdekaan India, Sardar Vallabhbhai Patel.

Beberapa buah pesawat tentera udara terbang sambil helikopter menaburkan bunga di atas patung gergasi itu diiringi persembahan bunga api berwarna hijau, jingga dan putih yang menghiasi angkasa di Sungai Narmada.

Projek pembinaan mega yang dikritik pelbagai pihak itu ambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan dengan 3,400 buruh kasar termasuk 250 pekerja mahir warga China dengan kos 2,989 crore rupee (kira-kira RM1.7 bilion).

“Hari ini merupakan hari yang bakal diingat dalam sejarah India,” kata Modi penuh bangga. Patung raksasa ini memiliki ukuran lebih tinggi dua kali ganda berbanding dengan Statue of Liberty di New York, Amerika Syarikat.

Pelawat turut boleh saksi pemandangan indah banjaran gunung Satpura dan Vindhya di kawasan dek pemerhatian awam pada ketinggian 153 meter dengan tiket harga 350 rupee atau RM20 yang dibuka mulai 2 November depan.

Pembinaan patung itu namun cetus kontroversi bantahan rakyat yang menyebabkan kerajaan India memberi status perlindungan khusus kepada lebih 80 peratus penduduk tempatan berasal daripada kelompok suku adat pribumi.

Kerajaan negeri Gujarat menjelaskan bahawa sebanyak 185 keluarga terpaksa dipindah demi pembangunan patung berkenaan dengan mereka mendapat pampasan dan diberi tanah baharu seluas 475 hektar. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: IndiaNarendra Modi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd