BIARPUN belum ditayangkan lagi, filem Cinderella terbitan Disney yang bakal menjengah pawagam Amerika Syarikat dan United Kingdom bulan hadapan sudah mencetuskan kontroversi.
Ia gara-gara pinggang pelakon utamanya, Lily James yang dikatakan terlalu kecil sehingga kelihatan tidak normal dalam trailer yang mula disiarkan kepada umum.
Ramai tertanya-tanya adakah ia hasil ubahsuai Photoshop, namun dinafikan oleh jurucakap Disney yang menjelaskan pelakon itu sebenarnya memakai korset.
Bagaimanapun, penjelasan itu masih sukar diterima orang ramai yang masih ragu-ragu dengan ‘kehebatan’ korset tersebut sehingga berjaya mengecilkan pinggang Lily sebegitu rupa.
Hmm…kalau dah namanya Hollywood, macam-macam boleh berlaku, tak gitu?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza
