• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN, PAS Bekerjasama Dalam PRU Ke-15

oleh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAFAKAT… Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan pihak PAS untuk bentuk satu blok pembangkang bagi berdepan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Demikian menurut Setiausaha Agung BN yang baru sahaja dilantik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipetik media tempatan sebagai ulas misi gabungan politik tersebut selepas catat prestasi terburuk pada PRU ke-14 lalu.

“Saya berusaha menghubungi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mungkin esok atau lusa, kita boleh tengok macam mana perkembangan,” kata beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Padang Rengas itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media pada Perhimpunan Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad lepas berkata bahawa parti itu akan dijenamakan semula.

Beliau yang juga Presiden UMNO juga berharap bahawa pihak PAS dapat menyertai blok berkenaan sekali gus mampu mengukuhkan lagi gabungan baharu itu dalam usaha untuk menang pada PRU ke-15 akan datang.

Ahmad Zahid turut menyerahkan tugas penjenamaan semula parti tersebut kepada Mohamed Nazri, lapor Astro Awani. PAS pernah menyertai BN ketika diwujudkan pada 1973 bagi ganti Perikatan yang diasaskan sejak 1952.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pada masa yang sama, rundingan kerjasama politik itu bukan bagi wujud gabungan siasah dalam satu perikatan parti pembangkang baharu untuk saingi komponen PH.

Bekas menteri Kabinet itu sebaliknya bertegas bahawa ia hanya merupakan kerjasama antara dua parti itu bagi pilihan raya seterusnya terutama elak pertindihan calon di tempat sama, jentera kempen dan seumpamanya.

“Kita (BN) tak kata nak bergabung… malah saya tak fikir PAS nak masuk BN pun, tapi kita nak bekerjasama waktu kita masih lagi dalam pembangkang,” kata Mohamed Nazri lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Barisan NasionalNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta DAP tidak memainkan propaganda serta menakut-nakutkan pengundi bukan Islam...

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd