• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan 1MDB Tidak Pernah Dipinda

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada sebarang pindaan dibuat terhadap laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh beliau.

“Tiada sebarang pindaan. Saya tidak tahu apa yang beliau (Wong Kah Woh) maksudkan,” katanya merujuk kepada timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu yang semalam mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu.

Ambrin, yang kini mempengerusikan jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan, berkata beliau mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas laporannya.

“Ia adalah laporan saya, saya mempunyai kawalan penuh ke atas laporan saya. Sebab itu saya perlu diberi peluang untuk menjelaskan kepada PAC,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah 2018 di sini, hari ini.

Ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11) di Dewan Rakyat semalam, Wong mendakwa pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

Turut dilaporkan bahawa PAC semalam menangguhkan prosiding siasatan 1MDB ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian seperti diumumkan Pengerusinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan.

Ambrin dijadual memberikan keterangan semalam dalam prosiding siasatan semula 1MDB.

Berhubung kenapa prosiding untuk beliau memberi keterangan di hadapan PAC ditangguhkan, Ambrin berkata soalan itu patut diajukan pada Kiandee. – BERNAMA

Tags: laporanTan Sri Ambrin Buang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd