• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rekod 40 Individu Bantu Siasat Tanah Runtuh

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis merekodkan keterangan 40 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong di sini 19 Okt lepas yang mengorbankan sembilan nyawa pekerja asing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata mereka terdiri daripada pelbagai individu termasuk mangsa yang terselamat, keluarga mangsa, kontraktor projek dan pakar-pakar berkaitan.

Beliau berkata ada beberapa lagi individu yang akan dipanggil untuk direkodkan keterangan mereka dan polis juga dijangka memanggil semula beberapa orang yang telah diambil keterangan sebelum ini, untuk melengkapkan siasatan.

“Pasukan khas yang menjalankan siasatan kes itu sedang menjalankan siastaan secara terperinci dari pelbagai aspek untuk melihat sama ada terdapat unsur-unsur kecuaian dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan cuba melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin sebelum menyerahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus pada pukul 1.56 tengah hari itu turut mengakibatkan empat rakyat asing cedera, manakala seorang lagi dilapor hilang serta menimbus 13 kontena dan rumah kongsi penempatan pekerja projek itu. – BERNAMA

Tags: siasatantanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd