• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah 310,000 Gay Di Malaysia Belum Muktamad

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggaran jumlah 310,000 orang gay dalam negara masih belum dimuktamadkan Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kebajikan Islam (Jakim) Dr Mohd Izwan Md Yusof.

Beliau berkata bagaimanapun Jakim akan terus komited memberikan penerangan dan bimbingan terhadap komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) terutamanya golongan gay yang ingin kembali ke pangkal jalan.

“Pintu sentiasa terbuka di Jakim untuk golongan LGBT terutamanya golongan gay bagi mendapatkan bimbingan kerana seseorang yang dilabel sebagai gay tidak semestinya suka terhadap hubungan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan yang diterima menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Katanya, gay menurut definisi adalah seorang lelaki yang tertarik kepada sesama sejenis dari sudut seksual, jadi tidak adil jika dilabelkan mereka suka terhadap seks sesama lelaki kerana mungkin mereka hanya tertarik dari sudut romantik atau bentuk fizikal lelaki lain sahaja.

“Justeru JAKIM komited untuk mendidik mereka melalui program berbentuk seminar dan mukhayyam (perkhemahan) supaya kita dapat memantapkan kerohanian mereka,” katanya.

Katanya, Jakim turut menyeru masyarakat untuk sama-sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pemantauan perilaku anak-anak perlu dilakukan secara berterusan di samping memberikan pendidikan agama sebaik mungkin.

Semalam Jakim yang mendedahkan ada kira-kira 310,000 golongan gay tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.

Isu berkenaan didedahkan menerusi seminar kesedaran mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) anjuran Jaim di Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa tidak semua golongan gay dan transgender dalam negara terbabit dalam hubungan songsang.

Beliau dipetik sebagai berkata, masyarakat tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan rekod yang didedahkan Jakim.

Mujahid berkata seminar berkenaan antara lain bertujuan memberi penerangan kepada orang ramai, sekali gus menangani isu itu secara proaktif. – BERNAMA

Tags: gayJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd