• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Ahli Baharu Bukan Bermakna Bawa Budaya UMNO

oleh
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun parti itu mengamalkan dasar terbuka dalam pengambilan anggotanya.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu mempunyai dasar dan prinsipnya yang tersendiri yang harus dipegang setiap individu yang mahu menjadi anggota parti itu.

“Kita pertahankan kepentingan itu (prinsip dan dasar parti) dan kita akan tengok sama ada mereka (anggota baharu) ini sesuai atau tidak.

“Jika kami dapati mereka tidak sesuai kita tidak beri mereka masuk dalam parti, kita ada kriteria kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan berkelompok PPBM Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A. Kadir Jasin baru-baru ini yang dilaporkan berkata kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.

Menurut A. Kadir, kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi PPBM,Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Menjawab perkara itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengakui terdapat beberapa anggota Parlimen dari UMNO yang datang menemuinya dan Dr Mahathir untuk meluahkan beberapa perkara.

“Dalam pertemuan itu saya jelaskan dasar kita dari segi soal parti, penerimaan keahlian dan sebagainya.

“Kita amalkan dasar terbuka…sesiapa nak sertai parti dia boleh sertai, tidak semestinya dia MP (Anggota Parlimen) atau ahli biasa pun kita ambil,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: BERSATUTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd