• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Pengalaman Perbankan Digital AmBank

oleh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AmBank Group menambah ciri aplikasi perbankan mudah alihnya, AmOnline dengan ciri bantuan kewangan maya, dikenali sebagai ‘AMY’, yang memberi tumpuan bagi membantu pelanggan dalam perkhidmatan kad kredit.

AMY, akronim untuk AmBank Malaysia, diintegrasikan dalam aplikasi perbankan mudah alih AmOnline Ambank, membolehkan pelanggan mengemukakan pertanyaan dan mendapat maklum balas dengan segera melalui ‘chatbot’ yang dapat diakses 24 jam sehari.

Pelancaran pertama AMY akan membantu pelanggan dalam perkhidmatan kad kredit, pengaktifan kad baru, menetapkan semula nombor pin, meningkatkan had kad kredit sementara atau kekal, menyekat penggunaan kad yang hilang serta membantu pelanggan memilih kad kredit yang betul.

“Dalam era digital, orang lebih suka menghantar mesej melalui telefon kerana ia lebih mudah untuk berkomunikasi.

“Pelancaran AMY merupakan perkembangan penting bagi kami dalam usaha untuk merevolusikan pengalaman perbankan pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, pada majlis pelancarannya di sini hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim.

Sulaiman berkata AMY dijangka berkembang melibatkan pelbagai kad kredit dan perkhidmatan bukan kad kredit dengan menawarkan lebih banyak pilihan bahasa dan akan lebih pintar dengan kecerdasan buatan.

Aplikasi AmOnline, yang boleh didapati di App Store dan Google Play, dilancarkan pada Jun tahun lepas dan kini mencatatkan RM1.3 bilion dalam transaksi sebulan. – BERNAMA

Tags: AMBANK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumpa Sekutu Jho Low Bagi Mudahkan Deposit Ke Akaun Najib

05/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas pengurus perhubungan AmBank, Krystle Yap Wy Sze memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau beberapa kali...

Bekas Pegawai Bank Mahu Batal Saman Najib

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Gin Ping memohon untuk membatalkan saman Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd