• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tetap Tarikh Segera, Tak Perlu Tunggu Mesyuarat”

oleh Haris
29/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan persetujuan untuk berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai isu ketuanan Melayu.

“Boleh, nanti kita tetapkan masa/tarikh semasa berjumpa di mesyuarat (Jawatankuasa) Anak Muda bagi membincangkan pindaan yang berkaitan dengan belia. Pemimpin muda dari parti politik yang lain juga saya (akan) jemput.

“Ini mungkin kali pertama tetapi in shaa Allah kita mampu lakukannya,” katanya menerima jemputan Asyraf melalui Twitter hari ini.

Asyraf kemudian memberi respons menggesa tarikh dialog ditetapkan segera, selepas menyatakan persetujuan kepada Sinar Harian yang berhasrat menjadi penganjur.

“Tidak perlu tunggu mesyuarat tersebut sebab dah pinda tarikhnya baru-baru ini. Isu ini perlu dibincangkan secara ilmiah dan objektif dengan kadar segera kerana rakyat perlukan pencerahan sebab itulah dialog penting,” katanya.

Asyraf dalam catatan di Facebook hari ini mengulangi cabaran dialog membincangkan isu ketuanan Melayu yang dicetuskan oleh Syed Saddiq pada 27 Oktober lalu.

Dalam ucapannya di Forum Ekonomi Belia 2018 di ibu negara, Syed Saddiq berkata zaman ketuanan Melayu sudah berakhir, dan kemudian menyifatkannya sebagai satu mimpi palsu.

Pelbagai pihak melihat kenyataan itu sebagai menuruti agenda menghakis kedudukan istimewa Melayu dan Islam ekoran tekanan parti dominan dalam PH, DAP.

Kenyataan beliau itu juga dibuat selepas kerajaan PH dikatakan berhasrat meratifikasi konvensyen PBB yang antaranya akan menghapuskan kedudukan istimewa Melayu.

Kenyataan beliau yang juga menteri belia dan sukan itu dikecam hebat kerana memberi gambaran salah ketuanan Melayu sambil memberikan hujah palsu. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiKetuanan MelayuSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd