• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Veterinar Sarawak Pertingkat Usaha Tangani Wabak Rabies

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mempertingkatkan jumlah tenaga kerjanya untuk menangani wabak rabies atau anjing gila di 46 kawasan yang terjejas di negeri ini, dengan pengambilan 28 orang pembantu veterinar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata pembantu veterinar itu akan ditugaskan di seluruh negeri sebaik sahaja mereka selesai menjalani latihan yang diperlukan.

“Mereka (pembantu veterinar) telah melapor diri untuk bertugas. Kami sebelum ini telah mengumumkan bahawa kami akan mendapatkan tenaga kerja tambahan dan merekalah orangnya,” kata Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pegawai baharu itu akan dibahagikan kepada enam pasukan yang meliputi tugas suntikan vaksin, pemantauan, makmal, kuarantin, penguatkuasaan dan pembangunan ternakan selepas mereka ditempatkan di beberapa bahagian serta cawangan dalam jabatan berkenaan.

Sementara itu, menurut portal rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, sejumlah 100,757 haiwan, termasuk 92,208 anjing serta 8,495 kucing, diberi suntikan anti rabies setakat semalam (28 Okt) dan 268 sampel didapati positif rabies.

Perangkaan itu juga menunjukkan dari 1 April 2017 sehingga semalam, 15,843 kes terkumpul gigitan haiwan telah dilaporkan manakala jumlah terkumpul 5,592 orang telah menerima suntikan anti rabies. – BERNAMA

Tags: Rabiesvaterinar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rabies: Perhilitan Tangkap Kelawar Pemakan Buah

10/05/2022
0

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga spesies kelawar pemakan buah ditangkap dalam program survelan khas penyakit rabies di Seri Kembangan, Selangor dekat sini...

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

11/04/2022
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd