• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati Keluar Kenyataan Tentang ICERD

oleh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Beliau berkata tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menularkan isu tersebut dengan mendakwa ia akan menjejaskan kedudukan mana-mana kaum dan agama di negara ini dibimbangi akan mencetuskan perbalahan kaum.

“Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan berita kononnya implikasi ICERD kepada Malaysia boleh membawa kepada terhapusnya hak Bumiputera termasuk isu (Rejimen) Askar Melayu (Diraja) dan polis kononnya tidak boleh menggunakan perkataan Melayu kerana itu dikira sebagai diskriminasi.

“Saya tegaskan apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang fitnah dan boleh timbulkan kebencian dan berpotensi jadi satu masalah perkauman,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru, Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu berjumpa dengan beliau untuk memahami proses ratifikasi itu yang tidak akan menjejaskan hak kaum di negara ini termasuk keistimewaan golongan Bumiputera.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks negara ini, ratifikasi ICERD itu boleh dilakukan dengan beberapa reservasi serta mengambil kira perundangan dan perlembagaan negara.

Sementara itu, ketika ditanya harapan kementerian dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan Jumaat ini, Mujahid berharap kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pembangunan institusi tahfiz di negara ini selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

“Saya mengharapkan peruntukan kepada tahfiz, kerana kita ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan kita ada banyak masalah untuk menyelaras tahfiz ini serta masalah lain yang timbul,” katanya.

Beliau berkata menerusi peruntukan yang mencukupi, kementeriannya akan dapat melaksanakan dasar berkenaan dengan berkesan dalam melahirkan tahfiz yang mencapai standard antarabangsa dan dapat menyumbang kepada negara. – BERNAMA

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd