• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Simpan Rapi Surat Tun Dr Siti Hasmah Penuh Berinspirasi

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk surat daripada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepadanya pada 1998, yang menjadi dorongan dan sumber inspirasi baginya hingga kini.

Kata Zeti, beliau masih menyimpan surat tulisan tangan Dr Siti Hasmah itu yang dihantar kepadanya apabila beliau dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1998.

“Saya terima banyak surat dari seluruh dunia dan seluruh negara, tetapi surat yang paling saya hargai ialah surat tulisan tangan beliau sepanjang lebih dua muka surat, yang penuh dengan kata-kata untuk memberi dorongan,” katanya ketika melancarkan Kasih Malaysia, di Seri Perdana di sini, hari ini.

Isteri perdana menteri, Dr Siti Hasmah adalah pengerusi Kasih Malaysia, sebuah badan dianggotai isteri para pemimpin Pakatan Harapan.

Dalam ucapannya, Zeti mengimbas kembali pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1978 ketika beliau sedang menuntut di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan Dr Mahathir pula menyandang jawatan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Di University of Pennsylvania, saya hanya bergantung pada pinjaman Mara, yang tentu sekali telah saya bayarnya kembali. Ketika sedang menyiapkan disertasi saya, pada suatu pagi, saya menerima panggilan telefon daripada Biro Siasatan Persekutuan yang memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia ingin bertemu berapa pelajar Malaysia, tetapi hanya saya yang dapat mereka hubungi,” katanya.

Menurut Zeti, walaupun beliau tidak pasti sama ada panggilan itu benar-benar daripada pihak berkenaan, beliau membuat keputusan untuk bertemu Dr Mahathir dan semasa pertemuan itu, beliau memberitahu Dr Mahathir bahawa beliau mengikuti pengajian tentang aliran modal.

“Dr Mahathir memberitahu saya bahawa negara kita memang memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang itu. Cepatlah siapkan disertasi kamu dan pulanglah untuk mencurahkan khidmat bakti kepada Malaysia,” katanya.

Zeti berkata, 20 tahun selepas itu, pada 1998, ketika Asia menghadapi krisis kewangan paling parah, Dr Mahathir melantik beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia.

“Dan 20 tahun kemudiannya, dua hari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum, saya menerima panggilan untuk menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan.

“Saya percaya ini sudah ditakdirkan, tetapi saya rasa sungguh bertuah dan akan berkhidmat untuk negara dengan penuh iltizam,” katanya. – BERNAMA

Tags: SURATTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM

Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM

08/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menghantar surat mengandungi isu...

PM Ke-10: ‘Wakil BN Tarik Balik SD, Surat Ahmad Zahid Ditolak’

PM Ke-10: ‘Wakil BN Tarik Balik SD, Surat Ahmad Zahid Ditolak’

23/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Tindakan saat akhir 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd